So jom sambung ke part II . Part ni aku just nak share pasal classmate aku yang latest. Class of 2018!! jeng jeng jeng.
At first, memang awkward gila bila tengok list nama student kelas 5Avicenna ni. Ye lah masa form4 mana rapat sangat and then tiba tiba naik form5 ni kena duduk sekelas pulak aduhh letih jugak fikir awal awal tu
But alhamdulillah, kitorang takde pun gaduh pasal hal kecik kecik macam kes berebut meja ke, berebut locker kelas ke hahahhah risau weh gila tak risau.
Disebabkan kelas kitorang ni level 3, means kelas kitorang je kat level tu, and level tu semua lab, so sebab tu kot orang fikir macam kitorang kera sumbang?
Hey tak pun sebenarnya 😂 tapi aku rasa tu lah satu sebab kenapa kitorang rapat. Sebab takde student kelas lain and no choice, kitorang kena hadap muka sama jelah dari pagi sampai ke malam. Tandas pun tak kongsi ngan orang lain haa istimewa sangat kan hahahah 😆
So kitorang semua sekali ada 24 orang je. 5 boys and 19 girls, macam biasa girls lebih ramai daripada boys but still kami respect kaum adam ni haa
But first, thank you to Iqbal and Khalieda sebab koranglah president and vice president paling boekk 🌸 simple je asal jadi
So nak ambik gambar kelas sumpah payah. Tak tipu. Masa raya dah miss. Masa mock interview pun miss, padahal masa tu dah kumpul elok elok dah. End up, gambar first kitorang ambik depan foyer bonda. Masa ni lepas check gigi hahahahha, sanggup tunggu semua siap sebab nak ambik gambar. And semua tak sedar diri lepas tu kelas math and teacher huda tunggu dalam kelas
And apa yang aku bersyukur sangat tahun ni, cikgu yang mengajar semua sporting and boleh bawak bincang.
Aku rindu nak dengar cikgu azma bagi nasihat yang sama supaya jaga diri, jaga maruah and so on. Aku rindu nak dengar ayat sarcastic madam fatin yang 'oh god madam tepat kena jantung saya madam' hahahah. Aku rindu nak dengar cikgu normah membebel, katanya kitorang ni duduk bawah tempurung sebab tak tahu isu semasa.
Aku rindu nak cakap dengan nafizah "weh lawa baju teacher huda harini, lace dia lawa" "weh teacher huda pakai tudung ariani yg baru launch weh" eveytime waktu math. Rindu nak suruh sir azmi pasang video dalam lab sebab mengantuk and sir selalu ulang ajar benda sama, sumpah kitorang appreciate sangat. Rindu sir zam yang garang tapi sebenarnya baik, selalu cover taknak suka walaupun kami tahu kami kelakar kan sir 😂 and rindu jugak teacher rozita yang selalu pesan "baca baca tu simpan dekat cerebrum bukan dekat patella".
Sumpah, aku tak sabar nak tunggu 10 tahun lagi, nak tahu korang jadi apa, dengan siapa korang kahwin and aku nak tengok mana yang selalu berangan nak jadi dato tu jadi apa. Contohnya, Dato' Iqbal.
Yang sedihnya tahun ni, tak banyak benda gila tahun ni sebab tak sempat nak buat, sibuk nak spm kononnya. So nak buat jahat macam kena fikir 3x dulu sebab takut tak berkat nanti hah.
Setiap kali prep mesti ada drama TV3 dalam kelas, mesti ada sesi nasihat dekat Nik Taqris jangan mainkan hati perempuan, mesti ada nak tengok Luqmeyy jiwang jiwang. And mesti ada Ana yang setia dengan lagu dia. Pastu kalau ada masalah mesti semua akan cari Che Su sebab dia dah macam mak dah 😂
Okay maaf, tak sempat nak describe sorang sorang.
And kalau boys lima orang tu tak pergi prep, sumpah prep malam tu heaven gila sebab ada girls je, masa tu lah nak party liar. Pasang lagu kuat kuat, membawang sama sama, kutuk meja budak lelaki hahahhaha pastu nak jiwang jiwang auchh
Pastu dalam kelas tu ada la adik beradik. Sepasang. Lelaki and perempuan. Okay aku taknak expose sape. Korang cari lah sendiri, kalau dah tahu okay tahniah. Ceritanya bermula bila kena panggil adik beradik sebab ustaz harris kata muka diorang sama, pastu semua orang pun macam boleh terima fakta, yang diorang ni boleh sesuai jadi abang-adik 😂
So nampak lah kan betapa penatnya jadi form five? Betapa haih malas la nak cakap, semua orang rasa jugak nanti (in frame : iqbal, luqmeyy, azwan). Dah famous jangan lupa aku
masa tu tak silap aku, kelas malam BM dengan cikgu azma. And cikgu pesan awal awal siapa pakai selipar duduk luar, so diorang pakai sport shoes dengan baju melayu hah kau pernah?
Kadang kadang, cikgu buat jadual kem dari pagi sampai malam, penat tapi percayalah berbaloi sangat. Masa orang lain balik, form5 tak balik tapi chill kami dah biasa.
And yang paling best of course la masa nak akhir akhir kan, masa tu la start rapat sebab tahu nanti nak habis sekolah takde dah nak jumpa jumpa, nak ketawa sama sama, so masa tu la idea nak buat makan makan.
Thanks to kantin sebab selalu sediakan nasi untuk kami hahahahah, thanks to ustaz harris sebab belanja. Simple tapi okay lah.
Eh kebuntuan idea ni hmmm macam mana ni. Okay la kita skip, kita pergi cerita lain.
Malam lepas cuti biasa basically memang kelas senyap gila sebab masa tu semua duk sibuk buat homework.
And apa yang aku paling suka tentang diorang is....
Diorang tak pernah kedekut ilmu. Alhamdulillah, even tahun ni mencabar sangat but still aku dapat kawan yang sporting and tak lokek nak tolong kawan. Duduk kat universiti nanti elok elok tau.
Then, diorang pun bukanlah yang jenis busy body, sibuk nak cari gossip membawang 24hours, diorang still hormat privacy orang lain aduh susah okay nak cari orang macam ni zaman sekarang.
And aku tak percaya aku dah habis sekolah. And aku end up zaman sekolah aku dengan orang yang hebat.
Apa apa pun, aku doakan diorang berjaya dalam hidup, banggakan mak ayah, dapat kerja and nanti kira buat reunion semua kena datang okay.
To adik adik, percayalah, jadi form5 bukan senang tapi kalau korang ada kawan kawan yg supportive, hargai diorang. And please, jangan lah cari masalah dengan senior, fahamlah perasaan diorang yang penat, perasaan huru hara nak handle masalah privacy lagi masalah belajar lagi, end up korang cari masalah memang la semua nak marah. So tak akan wujud win-win situation.
See you then, Avicenna'18







Tiada ulasan:
Catat Ulasan