Isnin, 17 Disember 2018

End of HighSchool (PART I)

So Holla, since that i have nothing to do and for sure aku dah habis sekolah, rasa macam i should-post-about my highschool journey yang tak seberapa indah 😂

First, aku tak expect pun nak tukar sekolah lepas PT3 but something happened and i think that i should.

So aku start apply mrsm and sbp and masa form4 (awal Feb) i got both SESTER and MRSM tapi aku pilih mrsm sebab apa? Sebab wawa kahkahkah

Ni lah Najwa, since form 1 dah kawan dengan dia

So aku nak start dengan zaman form four dulu sebab orang kata form4 is zaman honeymoon kan, so betullah aku rasa sebab aku enjoy gila zaman form four aku sebab aku jumpa dengan orang yang fantastic!

First, sebab dapat classmates yang masuk air gila punya and diorang sumpah sporting, tak kisah pun budak baru budak lama semua chill chill je.

Masa ni sayang rasa nak skip class sehari sebab takut terlepas aktiviti gila diorang ni hahahahah

say haii to 4Coalyuby

So biar aku cerita apa perkara gila kitorang pernah buat okay.

1) buat eksperimen dalam kelas. Nak tau eksperimen apa? tadaaaa, eksperiment chemistry which is masa tu tengah belajar pasal periodic table and kitorang buat eksperiment for group1 and yeah, ada la sorang member ni ambik tanpa kebenaran hahahahha POTASSIUM dalam lab and simpan dalam kertas (it was easier to react with oxygen so yeah) 

So dalam kelas, semua ambik part nak buat experimen 😂semua bersatu gituu. And nak dipendekkan cerita, bila potassium tu react dengan air tiba tiba bekas air tu meletoppp bushhh sebab size potassium tu besar sangat mungkin, so rate of explossion higher haa gitu haa

Gila berasap kelas masa tu and semua dah berpakat kalau mana mana cikgu tanya apa yang jadi, kitorang nak jawab kitorang sambut birthday. Bernas kan idea.
Thanks to Hazwan Teh yang sponsor bedak tabur sekeliling kelas kononnya asap tu cuma bedak hahahah

2) Then, kitorang sanggup jual roti and donat sebab nak kumpul duit untuk lawatan kelas. Kita tambah pendapatan di samping nak asah bakat jadi usahawan.

Niatnya nak pergi perak, lawatan kelas lepas exam final sem. Yelah, dah rapat kan mesti nak create memories lagi. 

Tapi, masa tu ekonomi gawatt banget aduhh, aku buat report surat hantar dekat pengetua but kena reject, rupanya banyak je lawatan yang kena reject

So sebab duit banyak lagi kan aceyhhh, so kitorang buat jamuan je lah.  Kat astaka haaa kau ada? But still, kitorang sayang each other kan auchh hahahahah

jamuan hari last kat maktab


3) Main air dalam kelas. Okay ni biasanya terjadi lepas waktu rehat atau masa cikgu takde. Basically, iqbal je suka main air lepas tu mula lah membabitkan orang lain. Kelas selalu basah and baju diorang pun selalu basah but chill, have fun 😊 

Sebab tu masa plan lawatan tu ada orang suggest pergi Lost World of Tambun so main lah air sepuas puasnya malangnya hmmm. 

And ada satu masa tu, nak dekat dah dengan final exam sem2 and kitorang ada kelas petang tu. Kelas biology dengan Sir S tapi duduk kelas je tak perlu pergi lab. Kelas habis pukul 5 tapi sir keluar awal 15 minit dengan pesanan "siapa keluar kelas kena sambar petir" 

Guess what, takde orang berani keluar kelas. Semua berkelip tengok jam bila lah nak pukul 5 nak balik, nak rehat. And tiba tiba perang air terjadi between iqbal and sharifah (awkward siaa panggil sharifah) tapi diorang berlari keliling kelas je lah sebab tak berani keluar kelas, takut kena sambar petir. Habis basah baju, macam mandi dah sorang sorang masa tu.U

Yang ni aku tak boleh lupa. Taat nya pada cikgu 😂



Actually banyak je lagi benda gila aku buat masa form4 dengan diorang tapi tak sanggup dah nak cerita satu satu. Hahahah.

Pergi koop ramai ramai masa cikgu takde pun selalu. Kongsi junkfood sama sama, lepak kat meja kongsi cerita. Haih rindunya.

Copy homework? Hahahahah selalu jugak weh. Tapi percayalah, benda tu yang aku rindu sekarang ni (i mean lepas dah habis sekolah)

Waktu paling kalut bila cikgu rizduan kata nak kutip nota sejarah untuk carry marks 10% markah final exam. Masa tu aku tidur pukul 2.30 okay nak siapkan nota untuk 4bab dalam satu malam ended up cikgu tak kutip pun hahahah. Tapi aku still guna nota tu untuk last minute revision. 

And, Kitorang selalu main air dalam lab jugak tau. Esspecially masa chemistry. 

And aku selalu buat homework lain masa chemistry, sebab tu la susah nak score subjek tu alahaii semoga result spm baik baik sahaja

Masa physics pun boleh tahan hahahahha maafkan kami Sir Hazman, alhamdulillah mujur physics senang score

Memang nakal sangat masa form4 and memang literally tahun honeymoon berjimba tak habis habis. Bayangkan, dari pagi dalam kelas dah hadap muka sama sampai la ke petang waktu prep hadap muka sama. Okay, sambung pulak waktu prep malam muka sama lagi.


Okay nah, aku belanja lagi gambar kelas 4Coalyuby 2017 plus cikgu zuraidah.

And aku takkan lupa cikgu zuraidah a.k.a. mama homeroom yang baik gila, dia tak pernah marah kalau kitorang tak siap homework bahasa melayu. Mama cuma akan suruh kitorang baca al-fatihah untuk diri sendiri and memang zappp menusuk ke jantung gitu.

Kelas english aku rindu jugak. Madam Azie cantik gila, sumpah tak pernah mengantuk masa dia, belajar pun enjoy je.

And pesanan aku untuk adik adik yang baru nak masuk form4, enjoy je life dengan kawan kawan sebab sumpah masa ni je nak have fun, naik form five dah sakit woi.

Tapi pandai pandai la balance study, jangan sampai pointer rendah okay. Jangan takut dengan addmath biology chemistry, they will be fine if you can manage them 💖









Tiada ulasan:

Catat Ulasan